Previous Entry: AMBIL TAHU 1: KEKURANGAN G6PD
Adakah semua ubat tidak boleh diambil oleh wanita hamil?
Adakah semua ubat tidak boleh diambil oleh wanita hamil?
Tidak semua ubat yang
boleh diambil oleh wanita hamil. Kini, terdapat ubat yang
dikenalpasti tidak boleh diambil oleh wanita hamil. Sesetengah ubat boleh digunakan. Ini disebabkan oleh ubat
ini mampu memberi kesan sampingan terutamanya kepada bayi di dalam rahim.
Apakah yang terjadi sekiranya mengambil ubat yang tidak boleh diambil
semasa hamil?
Antara kesan mudarat bagi
sesetengah ubat yang dikenalpasti bahaya kepada kandungan ialah:
- Menghalang pertumbuhan fizikal atau organ bayi
- Merencat perkembangan mental bayi
- Keguguran dan kelahiran pra-matang
Bagaimanakah hal ini boleh berlaku?
Hal ini terjadi disebabkan
sesetengah ubat mampu merentasi dan beredar ke kawasan uri dan mampu bertindak
ke atas bayi di dalam rahim. Sesetengah ubat juga boleh menyebabkan
berkurangnya nutrisi penting yang diperlukan semasa tempoh kehamilan.
Kredit gambar: slideshare.net |
Saya kini sedang mengambil ubat herba seperti makjun X. Bolehkah saya
terus ambil ubat ini semasa hamil?
Ubat alternatif seperti herba dan
homeopati adalah tidak digalakkan untuk diambil sedang kandungan sesetengah
produk adalah tidak diketahui kandungannya. Selain itu, kebanyakkan ubatan
herba tidak dapat dikenal pasti akan keselamatannya ke atas wanita hamil dan
bayi disebabkan kurang kajian mendalam tentangnya.
Bagaimanakah cara mengenal pasti ubat-ubatan yang boleh dan tidak boleh diambil oleh wanita hamil?
FDA telah pun menetapkan pada tahun 2015 untuk menggunakan amalan pelabelan pada risalah dengan menambah bahagian pada risalah ubat pada bungkusan produk seperti Pendedahan Ubat ke atas wanita hamil (pregnancy exposure registry) dan ringkasan risiko (risk summary). Ianya menggantikan sistem yang sedia ada iaitu kategori risiko A, B, C, D dan X untuk kehamilan yang sebelum ini sedia pakai (Sumber: https://www.drugs.com/pregnancy-categories.html)
- A – terdapat kajian yang menyatakan tiada risiko ke atas bayi dalam kandungan.
- B – tiada kajian ke atas manusia; tetapi kajian terhadap haiwan menunjukkan tiada risiko ke atas bayi.
- C – Tiada kajian kes ke atas manusia mahupun haiwan.
- D – terdapat bukti kewujudan risiko ubat ke atas bayi; namun, boleh diambil sekiranya manfaat yang diperoleh oleh pesakit lebih besar daripada risiko yang sedia ada.
- X – kajian ke atas manusia dan haiwan yang membuktikan ubat ini mempunyai risiko ke atas bayi.
Apakah yang patut saya lakukan?
- Ambil tahu mengenai ubat-ubatan yang sedang diambil.
- Bincang dengan pegawai farmasi atau doktor tentang ubat-ubatan yang sedang atau dirancang untuk diambil.
- Beritahu mereka bahawa anda kini sedang hamil.
- Ikut saranan pegawai farmasi dan doktor.
Comments