Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Ambil Tahu 2: Ubat dan kehamilan

Previous Entry:  AMBIL TAHU 1: KEKURANGAN G6PD Adakah semua ubat tidak boleh diambil oleh wanita hamil? Tidak semua ubat yang boleh diambil oleh wanita hamil. Kini, terdapat ubat yang dikenalpasti tidak boleh diambil oleh wanita hamil. Sesetengah ubat  boleh digunakan. Ini disebabkan oleh ubat ini mampu memberi kesan sampingan terutamanya kepada bayi di dalam rahim. Apakah yang terjadi sekiranya mengambil ubat yang tidak boleh diambil semasa hamil? Antara kesan mudarat bagi sesetengah ubat yang dikenalpasti bahaya kepada kandungan ialah: Menghalang pertumbuhan fizikal atau organ bayi Merencat perkembangan mental bayi Keguguran dan kelahiran pra-matang Bagaimanakah hal ini boleh berlaku? Hal ini terjadi disebabkan sesetengah ubat mampu merentasi dan beredar ke kawasan uri dan mampu bertindak ke atas bayi di dalam rahim. Sesetengah ubat juga boleh menyebabkan berkurangnya nutrisi penting yang diperlukan semasa tempoh kehamilan. Kredit gambar: