Pengenalan: Apa itu sakit jantung?
Sakit jantung pada bahasa khususnya acute coronary syndrome. Ianya adalah suatu simptom pada seseorang yang menerangkan sakit dada yang teramat dan kesakitan itu merebak bahagian belakang, tangan, dan bahagian kepala...
Fisiologi dan Patologi Serangan Jantung: Apa terjadi kepada jantung?
Jantung mengepam darah ke seluruh badan untuk membekalkan darah termasuk oksigen dan sebagainya untuk tisu-tisu tubuh kita bernafas. Termasuklah jantung, ia juga memerlukan bekalan darah untuk otot-otot jantung kita berupaya mengepam darah secara berterusan. Salur darah yang membekalkan oksigen kepada otot jantung kita dipanggil arteri koronari.
Sakit jantung (angina pectoris) terjadi disebabkan ketidakseimbangan bekalan darah dan keperluan darah terhadap jantung. Maka dalam keadaan sesalur arteri koronari ini, apabila seseorang melakukan aktiviti keras atau berat, jantung kita memerlukan oksigen yang banyak. Akan tetapi pada masa yang sama, keadaan sesalur darah itu tidak cukup untuk membawa oksigen sampai kepada otot jantung. Oleh itu, simptom sakit jantung akan dialami oleh pesakit itu.
Apakah faktor penyumbang serangan jantung?
Banyak faktor yang membawa risiko seseorang untuk mendapat serangan jantung. Antaranya ialah kencing manis (diabetes mellitus), darah tinggi (hypertension), profil lemak dan kolesterol yang tidak normal (dyslipidemia), merokok, dan sebagainya. Kepada pesakit serangan jantung, faktor yang boleh mendatangkan serangan adalah seperti senaman atau aktiviti yang memerlukan jantung untuk mengepam darah yang banyak, cuaca sejuk ,dan stress emosi.
Farmakologi dan Pengurusan Terapi: Apakah ubat yang selalu diambil oleh pesakit setiap kali mendapat serangan jantung?
Biasanya glyceryl trinitrate (GTN). Ianya adalah ubat yang membantu membuka luas saluran darah pada salur vena dan arteri. Tindakannya adalah paling pantas. Ianya mengurangkan keperluan jantung terhadap oksigen dan seterusnya mengurangkan rasa sakit pada bahagian dada.
Pesakit serangan jantung jugat turut diberi ubat seperti:
1. anticoagulants jangka pendek (heparin, enoxaparin, fondaparinux)
2. antiplatelets (aspirin, clopidogrel)
3. statins (simvastatin, atorvastatin, rosuvastatin)
4. beta-blockers (atenolol, bisoprolol) dan
5. ACE inhibitors (perindopril, enalapril)
bagi mengurangkan risiko kesan kardiovaskular dan risiko sakit jantung berulang.
Terdapat banyak jenis GTN yang boleh diambil. Biasanya tablet GTN dikemam di bawah lidah. Satu tablet selalunya mempunyai 0.5 mg nitroglycerin. Adakalanya, GTN digunakan sebagai "skin patch" dan juga semburan bawah lidah.
Selain itu, pesakit perlu berehat untuk meredakan serangan jantung tersebut dan mengurangkan kesan hypotension daripada ubat GTN. Rujuk ahli farmasi tentang cara penggunaan, cara penyimpanan GTN yang betul.

Wassalam...
:)
Comments