Peranan ahli farmasi mula mendapat kesedaran daripada orang awam. Kalau demam ke, batuk sikit2 ke, atau pun ada masalah kesihatan, ahli farmasi mula dirujuk terlebih dahulu. Suka diingatkan bhw ahli farmasi adalah kelompok professional yang terdekat dengan orang ramai.
Ahli farmasi berperanan untuk memastikan keselamatan pengubatan yang optimum melalui cara pengambilan, waktu, pesakit, dos/ jumlah dan saluran yang betul di mana Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Kenali Ubat Anda, org ramai telah pun didedahkan mengenai 5B atau "The 5 Rights"
Jika tertinggal dos, tanya farmasi apa yg perlu dilakukan... setiap ubat mempunyai tindakan yang berbeza utk dos yang tertinggal... Pengguna juga patut tahu bila perlu diambil sama ada sebelum makan, selepas makan, atau bersama2 makanan? Ianya penting untuk tindak balas ubat dalam badan!!

1. Pengguna yang BETUL
Pengguna perlu memastikan ubat yang diambil perlu ada tertulis nama pesakit itu di label. Jangan berkongsi ubat dengan pengguna yang lain. Mungkin dos atau indication berbeza dengan pesakit itu. Sebagai contoh, pengambilan dos bisoprolol pesakit A (dengan serangan jantung) mungkin berbeza dengan pesakit B (dengan darah tinggi).
Selain itu, jauhkan kanak2 daripada ubat. Sekiranya kanak2 perlu menggunakan ubat, dapatkan pengawasan daripada ibu bapa. Ianya tugas ahli farmasi utk memberi penerangan yg jelas kepada ibu bapa mengenai cara dan dos penggunaan ubat yg betul.
2. Ubat yang BETUL
Hmmm... sebagai pengguna yg bijak, perlu utk kita memastikan bahawa ubat yg diambil adalah ubat yg betul... Mcm mana kalau kita dapat ubat yg lain drpd yg biasa kita dapat? Pengguna mestilah merujuk semula kepada ahli farmasi atau doktor. Bagi yang sukar membaca label ubat, guna alat bantuan penglihatan atau baca ditempat terang atau minta tolong kepada org yg mampu baca kerana utk sesetengah ubat yang namanya hampir sama. Jika terlepas pndg, mungkin akan membahayakan pengguna! Maka, peranan ahli farmasi untuk melabel dengan jelas dan betul. Sebagai pengguna juga, ambil tahu nama ubat dan fungsinya yg anda ambil atau yang telah dipreskripsikan.
3. Cara pengambilan yang BETUL
Baca arahan pada label ubat!! Ini juga perlu untuk pengguna tahu mengenai cara pengambilan ubat. Jika pengguna mengabaikan cara pengambilan ubat, mungkin ubat itu tidak akan berkesan.
1) Tablet: Sesetengah ubat tablet diberi dengan cara kunyah, telan, atau diletakkan di bawah lidah. Lihat arahan sama ada tablet boleh dikunyah, dibelah.
2) Sirap: Bancuh ubat sirap mengikut kuantiti air yang betul seperti yang diarahkan. Goncang sebelum guna.
3) Ubat kumur: Tidak boleh ditelan sama sekali. Pemantauan ibu bapa terhadap kanak-kanak yang menggunakannya adalh suatu kemestian.
4) Ubat titis/ salap mata: Gunakan ia pada mata seperti yang diarahkan. Ubat titis telinga tidak boleh bertukar dengan ubat mata.
5) Alat sedut: menggunakannya dengan teknik yang betul untuk memastikan ubat masuk ke dalam paru-paru, bukanlah di mulut atau di tekak.
6) Losen/ krim: Goncang losen sebelum guna. Untuk kegunaan luaran sahaja, tidak boleh meminumnya.
7) Suntikan insulin: Suntik ditempat yang dibenarkan dan dengan teknik yang betul.
Jika tidak jelas penggunaanya, bertanyalah kepada pegawai farmasi. Dapatkan khidmat nasihat mengenai penggunaan ubat seperti penggunaan inhaler, ubat melalui liang hidung, dubur, vagina, atau melalui mata, insulin injection dsb.

4. Masa yang BETUL
Ambil ubat pada masa yang telah ditentukan. Jika perlu ambil sebelum tidur, pengguna patut mengambilnya sebelum tidur. Lagi, jangan ambilnya sebelum pengendalian mesin/ memandu. Semua arahan waktu pengambilan mesti dipatuhi.
Pengguna patut tahu masa untuk pengambilan ubat untuk 3 kali sehari, 2 kali sehari, bila perlu, 4 kali sehari, sekali selang satu hari.
Jika tertinggal dos, tanya farmasi apa yg perlu dilakukan... setiap ubat mempunyai tindakan yang berbeza utk dos yang tertinggal... Pengguna juga patut tahu bila perlu diambil sama ada sebelum makan, selepas makan, atau bersama2 makanan? Ianya penting untuk tindak balas ubat dalam badan!!
5. Dos yang BETUL
Baca dos dengan betul. Bagi unit tertentu sila pastikan ianya betul. Unit yang biasa digunakan: mililiter, liter, gram, miligram, dan mikrogram.
Sebaiknya, bagi ubat cecair, dapatkan penyukat yang telah laras dari farmasi untuk mengetahui dan mengambil jumlah sebenar ubat itu. Adalah tidak digalakkan utk pengguna ambil ubat berlebihan atau dikurangkan dalam sekali pengambilan, kecuali dengan nasihat pegawai farmasi...
Pengambilan ubat yang bertepatan dengan konsep 5B adalah salah satu langkah bagi memastikan ubat-ubat adalah selamat kepada para pengguna.

Wallahua'lam
:)
Comments