Pengenalan: Apa itu sakit jantung? Sakit jantung pada bahasa khususnya acute coronary syndrome . Ianya adalah suatu simptom pada seseorang yang menerangkan sakit dada yang teramat dan kesakitan itu merebak bahagian belakang, tangan, dan bahagian kepala... Fisiologi dan Patologi Serangan Jantung: Apa terjadi kepada jantung? Jantung mengepam darah ke seluruh badan untuk membekalkan darah termasuk oksigen dan sebagainya untuk tisu-tisu tubuh kita bernafas. Termasuklah jantung, ia juga memerlukan bekalan darah untuk otot-otot jantung kita berupaya mengepam darah secara berterusan. Salur darah yang membekalkan oksigen kepada otot jantung kita dipanggil arteri koronari. Sakit jantung (angina pectoris) terjadi disebabkan ketidakseimbangan bekalan darah dan keperluan darah terhadap jantung. Maka dalam keadaan sesalur arteri koronari ini, apabila seseorang melakukan aktiviti keras atau berat, jantung kita memerlukan oksigen yang banyak. Akan tetapi pada masa yang sama, keadaa