Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Keselamatan Pengubatan dalam Amalan 5B

Peranan ahli farmasi mula mendapat kesedaran daripada orang awam. Kalau demam ke, batuk sikit2 ke, atau pun ada masalah kesihatan, ahli farmasi mula dirujuk terlebih dahulu. Suka diingatkan bhw ahli farmasi adalah kelompok professional yang terdekat dengan orang ramai.  Ahli farmasi berperanan untuk memastikan keselamatan pengubatan yang optimum melalui cara pengambilan, waktu, pesakit, dos/ jumlah dan saluran yang betul di mana Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Kenali Ubat Anda, org ramai telah pun didedahkan mengenai 5B atau " The 5 Rights " 1. Pengguna yang BETUL Pengguna perlu memastikan ubat yang diambil perlu ada tertulis nama pesakit itu di label. Jangan berkongsi ubat dengan pengguna yang lain. Mungkin dos atau indication berbeza dengan pesakit itu. Sebagai contoh, pengambilan dos bisoprolol pesakit A (dengan serangan jantung) mungkin berbeza dengan pesakit B (dengan darah tinggi). Selain itu, jauhkan kanak2 daripada ubat. Sekiranya kanak2 perlu m